azwa homestay

Kalendar

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Aktiviti

Hari KrismasDecember 25, 2013

Hubungi Kami - AZWA Homestay

0195776119 (Puan Watty)

Blog Stats

  • 15,916 hits

Lokasi Bernilai Sejarah di Melaka.

Sila klik Nilai Sejarah.

Muzium Di Melaka.

Sila klik Muzium Di Melaka.

Semuanya bermula di Melaka.

Melaka, tempat bermulanya budaya berbilang kaum negara Malaysia.  Seawal kurun ke-15, bangsa Melayu yang kebanyakannya mendirikan rumah sepanjang tebing Sungai Melaka dan Sungai Duyung menjalankan aktiviti menangkap ikan secara tradisional untuk menyara kehidupan seharian mereka.  Setelah mereka menerima seorang Pemerintah bernama Parameswara, yang datang dari kota Singa, Melaka mula berubah wajah.  Di bawah pemerintahan Parameswara, kota Melaka telah mula membuka pintunya, menerima ramai pedagang dari Timur (China) dan Barat (India dan negara Arab).

Lukisan 1 : Parameswara berehat di bawah pokok Melaka

Lukisan 1 : Parameswara berehat di bawah pokok Melaka

Disebabkan lokasi Melaka terletak di tengah-tengah, maka ia cepat berkembang sebagai pusat perdagangan di rantau Asia Tenggara.  Pedagang dari Timur belayar mengikut angin Monsun Timur Laut manakala pedagang dari Barat belayar mengikut angin Monsun Barat Daya.  Pada waktu itu, kebanyakan barang dagangan diniaga secara barter trade.  Ada di kalangan orang Melayu meninggalkan kerja sebagai nelayan dan mula menjadi peniaga.  Ramai antara mereka mula mendirikan gudang-gudang di sepanjang tebing Sungai Melaka.  Empayar Melaka begitu cepat berkembang kerana pedagang luar membawa masuk barang dagangan yang penting waktu itu seperti rempah ratus, kain sutera, tembikar dan lain-lain.

Ramai pedagang dari luar telah mendapat kebenaran daripada Pemerintah Melaka untuk menetap di Melaka.  Mereka juga telah membawa adat dan budaya bangsa mereka bersama.  Di samping itu, mereka juga membawa ajaran agama yang mereka percaya dan anuti.  Mereka telah mula mendirikan masjid dan kuil cina dengan reka bentuk yang cantik dan unik.  Ramai juga antara mereka telah mendirikan keluarga dengan bangsa tempatan iaitu bangsa Melayu.  Keturunan mereka ini membentuk bangsa yang baru, sebagai contoh bangsa Baba/Nyonya dan Chetti.  Kini kedua-dua bangsa ini semakin mengecil.  Walau bagaimanapun atas ikhtiar beberapa individu, bukti kewujudan kedua-dua bangsa ini akan terus dijaga.

Barang pameran bangsa Chetti

Barang pameran bangsa Chetti

 

Potret keluarga bangsa Chetti

Potret keluarga bangsa Chetti

Kejayaan Empayar Melaka di zaman Kesultanan Melayu dahulu, sesungguhnya menarik perhatian ramai kerajaan sekitar Asia Tenggara dan Barat.  Ada beberapa kerajaan sekitar Asia Tenggara seperti Empayar Majapahit dan Siam telah cuba memerangi Empayar Melaka tetapi gagal.  Pada tahun 1511, Empayar Melaka telah didatangi oleh rombongan dari kerajaan Portugis.  Perutusan mereka telah ditolak oleh Pemerintah Melaka, dan Komander rombongan tersebut iaitu Alfonso D’Albuquerque telah mengambil keputusan untuk menyerang dan menawan Empayar Melaka.  Serangan mereka berhasil dan Pemerintah Melaka terpaksa mengundur diri ke Bentan dan kemudiannya ke Kampar di Sumatera.

Kedudukan kota Melaka dalam peta

Kedudukan kota Melaka dalam peta

Lukisan 2 : Lakaran kota Melaka

Lukisan 2 : Lakaran kota Melaka

Bermula era baru, Melaka di bawah pemerintahan kerajaan Portugis.  Pemerintah Portugis ini telah membangunkan kota Melaka yang baru dan lebih kukuh iaitu kota A’Famosa.  Mereka juga membawa adat, budaya dan agama baru ke Melaka.  Bangsa peranakan Portugis masih boleh ditemui di Perkampungan Portugis (Portuguese Settlement) terletak lebih kurang 4 km ke selatan muara Sungai Melaka.

Gudang-gudang di tebing Sungai Melaka

Gudang-gudang di tebing Sungai Melaka

Pada tahun 1641, satu bala tentera dari Belanda dengan bantuan Sultan Johor telah memerangi Pemerintah Portugis di Melaka, berakhir kemenangan berpihak kepada Belanda.  Sejak itu Belanda mula memerintah Empayar Melaka yang mana mereka juga telah membangunkan kota Melaka dengan kubu pertahanan dan bangunan baru.  Antara kubu pertahanan binaan mereka yang terkenal ialah Kubu Bukit Senjuang (Bukit St John), dan bangunan Stadhuys (Bandar Hilir).

Perjanjian British – Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan kepada British atau lebih tepat Syarikat Hindia Timur British.  Melaka telah dijadikan sebahagian daripada Petempatan Selat (Strait Settlement) oleh Syarikat Hindia Timur British.  Pihak British juga tidak ketinggalan membangunkan Melaka dengan beberapa bangunan baru.  Antara yang terkenal ialah Bastion House yang kini menjadi Muzium Bangsa Melayu.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negeri Melaka akhirnya diisytiharkan sebagai “Bandaraya Bersejarah” pada 15 April 1989.  Lanjutan rentetan sejarah, maka tidak dapat dinafikan bahawa negeri Melaka adalah tempat bermulanya adat dan budaya berbilang kaum di Malaysia.

Deretan rumah kampung (Kampung Morten) di tepi Sungai Melaka masa kini

Deretan rumah kampung (Kampung Morten) di tepi Sungai Melaka masa kini

Mengenai AZWA Homestay

AZWA Homestay merupakan sebuah rumah percutian yang memenuhi kehendak pelanggan dari masa ke semasa.  Ditadbir urus oleh Puan Redzawatty binti Zainal yang mana sentiasa mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.  Bagi menentukan kualiti perkhidmatan terbaik, pihak pengurusan AZWA Homestay sentiasa mempastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran sentiasa diutamakan.

Pandangan hadapan

Pandangan hadapan

Sebuah rumah persendirian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan pelanggan yang berkunjung. Rumah teres 2 tingkat, dengan keluasan 1540 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur yang luas serta 3 bilik air.  Rumah percutian ini juga mempunyai sebuah ruang tamu dan sebuah ruang makan yang luas.  Kesemua bilik, ruang tamu dan makan dilengkapi perabot kotemporari.  Ruang dapur dilengkapi dengan peralatan memasak asas dan peralatan kulinari yang mencukupi.

Ruang tamu yang luas dan selesa

Ruang tamu yang luas dan selesa

Ruang makan dengan perabot kotemporari

Ruang makan dengan perabot kotemporari

Dapur dilengkapi peralatan memasak dan kulinari

Dapur dilengkapi peralatan memasak dan kulinari

Bilik tidur utama yang luas

Bilik tidur utama yang luas

Peralatan kulinari

Peralatan kulinari

Rumah percutian ini terletak tidak jauh dari bandar Melaka, kira-kira 5 km dari Bandar Hilir.  Ia juga berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung (1.5 km) dan Umbai (6 km).  Jarak untuk ke Perigi Hang Tuah di Kg Duyung ialah kira-kira 7 km.  Lokasi menarik di Ayer Keroh seperti Taman Mini Malaysia, Hutan Rekreasi, Taman Rama-rama, Zoo Melaka dan lain-lain adalah lebih kurang 10 hingga 12 km dari rumah percutian ini.  Perjalanan ke kelab golf berdekatan hanya 20 minit, yang mana Ayer Keroh Golf and Country Club terletak lebih kurang 10 km dari rumah percutian ini.

Kunjungan Tuan-tuan dan Puan-puan amat kami alu-alukan ke negeri Melaka yang penuh dengan latar belakang sejarahnya.  Percutian Tuan-tuan dan Puan-puan tidak akan sia-sia terutamanya apabila menginap di rumah percutian ini.

Redzawatty Zainal

Pengurus

AZWA Homestay

“A home away from home”
No 46, Jalan PPP 1,
Taman Permatang Pasir Permai,
Alai,
75460 Malacca.
Rental rates:
Peak season:
Mon – Fri  : RM230 nett per day.
Sat & Sun : RM250 nett per day.
Low season:
Mon – Fri  : RM200 nett per day.
Sat & Sun : RM220 nett per day.
Room rental available for small number of family.
Rental rates:
Room 1 : RM120 nett per day.
Room 2, 3 & 4 : RM70 nett per day.
“Strictly 1 family per room”.
Deposit required for confirmation.
For reservation, please call:
Mr Azman  : 0195556119.
Mdm Watty : 0195776119.
Mr Zainal  : 0162708561.
“Only 7 min drive to Bandar Hilir (Malacca city), Medan Ikan Bakar (Umbai), and 10 min drive to Perigi Hang Tuah (Duyung). Image

Categories

Acara/Aktiviti di Malaysia

No upcoming events

Arkib